top of page
Search
Writer's pictureMohammad Tazli Azizan

MEMBENTUK GROWTH MINDSET MELALUI PUJIAN

Sepanjang bulan lepas dalam kursus-kursus kelolaan Skolar Malaysia, saya sering selitkan tentang Growth Mindset vs Fixed Mindset. Growth Mindset berlaku sekiranya kita rasa tidak ada yang mustahil untuk dilakukan asalkan kita berusaha, manakala Fixed Mindset berlaku apabila kita rasa kepintaran kita bersifat ‘innate’ atau fixed dan oleh itu, mustahil untuk kita berjaya lakukan sesuatu yang baru atas alasan di luar kemampuan kita.


Sekiranya kita kerap memberikan alasan dan berkata “AKU TAK PANDAI”, “AKU TAK TAHU”, “AKU RASA MUSTAHIL”, “AKU TAKUT BUAT SILAP DAN SEBAB ITU AKU TAK MAHU MENCOBA” maka sebenarnya kita terperangkap dalam fixed mindset. Akan tetapi, sekiranya kita mahu mencuba sehingga berjaya, tidak mengenal lelah dan kalah, itulah sikap mereka yang ada growth mindset.


Dalam mendidik anak-anak atau pelajar kita supaya dapat keluar daripada kebiasaan, cara kita memuji mereka memainkan peranan yang penting. Yang ni saya belajar sejak dulu dengan kak Noor Afidah, founder Parent Connect tentang kaedah memuji anak, bukanlah dengan mengatakan “Bijaknya Anak Daddy, bijaknya anak mummy, geniusnya kamu ni” tetapi memuji mereka secara spesifik kepada usaha/effort yang mereka letakkan untuk dapatkan sesuatu


Professor Carol Dweck dalam kajian eksperimen beliau mengenalpasti bahawa sekiranya pelajar sentiasa dipuji pandai dan bijak secara general, akan menyebabkan mereka hanya mahu berada di situasi yang mereka akan kekal dipuji bijak. Apabila diberikan sesuatu yang lebih sukar, mereka mengalah dan merasakan diri tidak pandai. Ia berbeza dengan pelajar/anak-anak yang dipuji secara spesifik kepada usaha mereka kerana mereka akan cuba untuk melakukan sesuatu yang lebih sukar kerana akan merasa mereka berjaya apabila melakukan cabaran yang lebih tinggi aras kesukarannya.


Jadi bagaimana nak beri pujian?


Contohnya,


“Amin, bagusnya Amin sebab Amin letak usaha bersungguh bekerja dalam satu pasukan nak siapkan assignment yang berkualiti ni”


Jadi kata kuncinya di sini ialah Cikgu puji Amin sebab Amin mencapai tahap yang baik dalam kemahiran bekerja berkumpulan.


Instead of “Good job, Amin!” Tang mana good job?


Apabila anak-anak menemui kegagalan pula, cara memujuk dan memotivasikan mereka juga perlu bersifat spesifik


Bukannya dengan hanya cakap ”Keep trying”


Sebab anak-anak akan confuse, “Keep trying what actually?” sebabnya kalau setiap kali mereka tidak mampu buat dan berkali-kali mencuba perkara yang sama, akhirnya mereka akan give up dan akhirnya mengakui mereka tidak pandai. Thomas Alva Edison gagal 99 kali bukan kerana dia repeat benda yang sama tau!


Jadi perlulah kita usahakan untuk lebih memanjangkan kalimah pujian kita kepada usaha mereka secara spesifik. Masalah orang Melayu/Malaysia ni pulak, suka cakap pendek-pendek.


Jadi biasakanlah diri untuk memuji anak/pelajar atas usaha mereka. Ini adalah pemula kepada usaha kita untuk melahirkan mereka yang ada kemahiran berfikir aras tinggi, critical thinking, problem solving dan lain-lain lagi. Sekiranya mereka masih di takuk fixed mindset, sampai sudah mereka tak mahu mencuba sesuatu yang lebih sukar terutamanya dalam pembelajaran mereka, jadi ia menjadi sukar kepada kita para ibu bapa atau pendidik untuk bawa mereka ke peringkat seterusnya



54 views0 comments

Comments


bottom of page