top of page
Search
  • Writer's pictureMohammad Tazli Azizan

TIPS MENGAJAR KBAT DI DALAM KELAS


Mengajar anak-anak Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) tidak memerlukan silibus yang rumit dan kompleks. Ini adalah beberapa tips yang boleh digunakan di dalam kelas (nota: jangan la guna SEMUA serentak ya, tak habis kelas nanti!)


1. Elakkan pengajaran berbentuk sehala. Ini adalah perkara asas dan basic. (WAJIB)


2. Sebelum syarahan bermula, mulakan dengan set induksi/advance organizing. Bagi satu keyword dan minta pelajar brainstorm apa yang mereka fahami tentang keyword tersebut. Senaraikan sebanyak mungkin.


3. Ataupun boleh bagi pelajar 'recap' dahulu apa yang pernah dipelajari, dan tanya soalan kepada mereka, apakah yang mereka samar-samar dalam pengajaran lepas.


4. Semasa sesi mengajar, selitkan soalan-soalan menggunakan 4W 1H - Why, What, When, Who, How yang memerlukan jawapan terbuka (open ended).


5. JANGAN tanya terus soalan kepada pelajar dan mintak jawapan. JANGAN juga tanya soalan 'Do you have any question?' atau 'Adakah kamu semua faham?'. Ia hanya mendatangkan mood yang meresahkan.


6. Semasa pelajar diberikan soalan ini, beri peluang untuk pelajar fikir dahulu jawapan dalam 30 saat - 1 minit, kemudian berkongsi jawapan dengan rakan sebelah/ breakout session dan barulah dipanggil nama untuk berkongsi jawapan di dalam kelas.


7. Selang-selikan pengajaran dengan aktiviti pembacaan secara berjemaah. Pelajar diminta baca perenggan berasingan - kemudian antara 3-4 orang, take turn untuk berkongsi apa yang dibaca. Minta pelajar tuliskan rumusan ringkas apa yang mereka faham melalui pembacaan. Kongsikan di dalam kelas.


8. Minta pelajar tulis nota sejak awal mengajar. Setelah 10-15 minit, minta mereka berkongsi nota dengan rakan sebelah. Mohon rakan sebelah topup nota rakan, dan buat perbandingan nota. Rumuskan apa yang tidak faham, tidak dapat tangkap dan samar-samar.


9. Sebelum berakhir kelas, boleh minta pelajar sediakan satu soalan tentang pengajaran yang mereka masih belum fahami. Muddy points. Minta mereka berkongsi soalan tersebut dengan 2-3 pelajar yang lain, daripada soalan-soalan tersebut, minta pelajar pilih satu sahaja soalan berdasarkan kekerapan atau complexity of it. Kongsikan soalan dengan rakan sekelas.


10. Ataupun sebelum berakhir kelas, pelajar diminta menulis refleksi 2-minute paper tentang apa yang mereka pelajari dan hantarkan kepada pensyarah/guru. Pensyarah/guru boleh gunakan untuk refleksi pelajar untuk aktiviti induksi sesi seterusnya.


11. Bila buat ujian, boleh minta pelajar jawab secara individu terlebih dahulu. Minggu selepas itu, minta mereka jawab secara berpasangan pula. Kalau markah ujian berpasangan lebih daripada 80 - 90%, bagi bonus tambahan pada ujian individu awal tersebut.


12. Boleh juga buat ujian berpasangan terus. Buat supaya ia menjadi lebih sukar. Ia menggalakkan perbincangan antara pelajar!


Boleh cuba ya, kalau nak tahu lebih, Insha Allah boleh datang sesi training Skolar Malaysia lepas raya nanti!


95 views0 comments

Comments


bottom of page