Beberapa hari lepas saya ada curi-curi dengar Edu-Debate anjuran IIUM secara LIVE di YouTube. Sempat juga saya dengar ucapan penutup oleh Tan Sri Dzulkifli, Rektor UIA.
Antara satu petikan ucapannya yang saya rasa sangat penting untuk kita muhasabah diri adalah- kita perlukan lebih ramai ‘instructional leader’ dalam bidang pendidikan- pemimpin yang menunjuk jalan, bukannya pemimpin yang mengarah-ngarah mencari jalan, sedangkan mereka sendiri tidak tahu jalan yang hendak dituju.
Antara rumusan kata-kata beliau ialah a leader must also TEACH and being scholarly.
Saya sangat setuju. Kalau di Universiti, apabila menjadi seorang TNCA misalnya, dialah yang sepatutnya paling hebat sekali mengajar dan mendidik pelajarnya menggunakan pedagogi yang pelbagai itu, bukannya sekadar sebut-sebut di mulut, tapi tak tahu apa yang disebutnya.
Saya dah jumpa ramai- sembang kencang bahawa kita nak pensyarah kita buat ‘Active Learning’, student centred learning dan macam-macam lagi but they never show the pathway there. Berlagak pandai serba tahu tapi rupanya tin kosong. Lagi-lagilah kalau jawatannya adalah pengarah pusat teaching and learning, lagilah sepatutnya si fulan ini terkehadapan dalam pengajaran dan pembelajaran. Mujur rakan-rakan saya yang kebanyakannya menjadi pengarah pusat T&L ni semua mantap-mantap. Ya, mungkin masa untuk mengajar pelajar di dalam kelas itu tak mencukupi, akan tetapi sepatutnya tugasnya bukan sekadar mengurus, tapi turut sama melatih. Ini bila cakap pasal buat SCL, buat KBAT etc, semuanya dilakukan secara TAKLIMAT, bukannya TRAINING BY DOING.
Perkara ini jugak tak terkecuali di sekolah-sekolah, hatta sehingga ke peringkat PPD, JPN, KPM. Ramainya so called ‘pemimpin’ hanya tahu mengarah tetapi tidak tahu isi yang sebenar. TEACHING and LEARNING is the CORE of EDUCATION. Sepatutnya kalau di sekolah itu, pengetua dan guru besarlah adalah pemimpin yang benar-benar bijak pandai dalam pedagogi dan boleh melatih anak buah mereka apabila ada sesuatu inisiatif baharu- mereka patut lebih tahu dan mereka boleh menjadi contoh mithali kepada para guru yang lain. Kalau hadir ke kelas pengetua dan guru besar itulah adalah kelas yang paling LIVELY, kelas contoh, kelas yang pelajarnya bersemangat tinggi hasil didikan sang guru.
Tapi malangnya apabila kita ada pemimpin yang hanya tahu sebut dan tidak mampu menunjukkan contoh, bagaimana anak buah nak belajar sesuatu yang baharu? Meraba-rabalah mereka mencari arah! Mujur ada yang sedar diri sampai kena cari bantuan dari luar untuk belajar dan perbaiki diri- namun ada juga yang tidak dipuji malahan dicaci dan disindir kerana anak buahnya itu lebih hebat daripadanya.
Banyak kali juga saya bersembang dengan para pendidik- mereka diminta melakukan SCL, melakukan inisiatif KBAT, dan pelbagai lagi tetapi hanya dengan cara diberikan TAKLIMAT- bukannya ditunjukkan contoh. Apa yang dipelajari oleh orang atas selama 2 minggu, segala kandungannya yang sampai pada mereka cuma 2 jam dan diminta buat dengan betul. Apalah sangat ilmu yang mereka timba semasa di IPT dan IPG 10-15 tahun dahulu untuk melaksanakan inisiatif ini sedangkan ada perkara yang perlu un-learn and re-learn. Thus, this is not right and ridiculous indeed!
Pengalaman saya sendiri, pernah memegang jawatan pengarah pusat kecemerlangan T&L, saya sendiri bermula dengan kosong. Tapi saya tak biarkan diri saya hanya menjadi seorang pengurus yang menguruskan bengkel-bengkel latihan untuk pensyarah- saya terjun tiruk terus untuk belajar juga kaedah-kaedah pengajaran, pedagogi dan sebagainya supaya saya dapat bantu pensyarah lain. Apabila saya menasihati pensyarah untuk start slow supaya mereka tak terkejut, saya memecut ke hadapan untuk melihat risikonya, 1 step mereka, 10 step saya di depan. Saya belajar dan praktis terus di dalam kelas saya. Kalau universiti mahukan pensyarah buat flipped classroom, saya orang pertama yang akan buat flipped classroom dalam kelas saya. Kalau universiti mahukan pensyarah buat MOOC atau microcredential, saya orang yang pertama akan lakukan dan berkongsi apa risikonya.
Ada juga masa pihak pengurusan universiti mengarahkan saya untuk berikan peranan melatih kepada orang lain dan saya hanya fokus strategi daripada kerusi empuk saya, tapi saya tak lepaskan semuanya. Senyap-senyap saya masih teruskan dengan berikan latihan kepada pensyarah lain sebab saya rasa bersalah kalau saya arahkan mereka buat itu ini, tapi tak ditunjukkan jalan.
Sesungguhnya saya tidak faham bagaimana ada ‘pemimpin’ di atas sana yang suka mengarah tetapi tidak rasa bersalah apabila mereka sendiri hanya tin kosong? Saya tak boleh terima alasan apabila kepimpinan pendidikan adalah mereka yang tidak hebat mendidik dan melatih orang lain kerana MEMIMPIN itu adalah MENDIDIK. Sesibuk mana pun kita dengan tugasan MENGURUS dan MEMBINA STRATEGI, tugas MENDIDIK tidak boleh ditinggalkan.
Seruan saya kepada para pemimpin pendidikan di luar sana, find time to unlearn and relearn yourself and be the exemplary one to your anak buah!
Adios.
Tazli
T&L Reformist
Skolar Malaysia
Komentarze