top of page
Search
  • Writer's pictureMohammad Tazli Azizan

What's The Real Meaning of Active Learning?

Dalam latihan-latihan pedagogi student centred learning (SCL) yang saya selalu jalankan, ada satu soalan yang apabila saya tanya kepada para peserta selalunnya mendapat jawapan yang sama.


“Di dalam kelas sebesar saiz 30-40 orang, mungkin 3-4 pelajar sahaja yang berinteraksi dengan guru/pensyarah dan jika saiz kelas besar daripada 40 orang, mungkin hanya tinggal 2-3 orang pelajar sahaja yang akan berinteraksi dengan guru apabila soalan ditanya kepada keseluruhan kelas”- itulah kesimpulannya.


Ini bukan sahaja masalah yang berlaku di Malaysia, tetapi masalah sejagat dan berlaku di mana-mana sahaja sejak dari dahulu lagi. Kebanyakan yang berinteraksi dengan pensyarah/guru inilah akhirnya yang dikenali guru berbanding yang senyap.


Kalau tuan/puan mengatakan bahawa dengan cara ini sahaja tuan/puan melakukan engagement dengan pelajar, nampaknya usaha itu belum mencukupi. Dalam latihan yang saya ‘conduct’ baru-baru ini di atas talian, tenaga pengajarnya juga mengajar di atas talian. Apabila saya berkongsikan salah satu teknik pengajaran menggunakan Thinking Aloud Pair Problem Solving (TAPPS), para pengajar ini mengatakan, kami gunakan teknik yang hampir sama, tapi masih ada pelajar-pelajar yang lemah tidak mahu berinteraksi.


Saya tanya balik, korang buat macam mana?

Mereka jawab

1. Kami pilih seorang pelajar yang bagus untuk menjadi penilai/listener 2. Kami pilih seorang pelajar yang lemah untuk berkongsi cara selesaikan masalah/buat pembentangan/share ideas immediately


Kami tak yakin dengan cara ini sebab pelajar lemah akan rasa being belittled.

Saya cakap, “ Hold on, korang buat benda ni dalam kelas depan ramai-ramai orang?”

Mereka jawab, “Ya. Lepas tu pelajar yang lemah tu next time terus shy away. No camera, no voice”


Then I said to them, no wonder that student will feel so. Bila buat kaedah SCL, satu aspek yang mereka tertinggal ialah to pair each of the students or put them in small group, allow them to do the activity within the small group for few minutes, only when they complete the discussion then barulah boleh pilih pasangan tertentu untuk buat pembentangan/sharing of thoughts! Patutlah pelajar lemah akan rasa belittled and shy away!


Kalau buat online pula, caranya ialah dengan mengadakan breakout session dahulu. Bila mereka dah discuss, then after few minutes, close the room and call them in so you can debrief and get some points from different pairs/teams. Bukan terus bukak topik dan discuss beramai-ramai.


Nampak seolah-olah macam hal kecil, but it makes difference in learning. This is the scaffolding part that you allow the students to think on their own first, pair up with others so they can share their thought and tune them. Then finally, barulah boleh panggil semua pelajar untuk berdiskusi the whole class.


Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada para pendidik. Yang mana terlepas sesi training Active Learning sebelum ni, Insha Allah next one will be in August and October. Untuk July ni Insha Allah we’ll focus more on Team-based Learning and Flipped Classroom.


Sila kongsi jika anda rasa ini bermanfaat untuk anda dan rakan pendidik yang lain.




5 views0 comments

Comments


bottom of page